Lihat Kembali (LOOK BACK)

  • Bagaimanakah anda sedang taat kepada Tuhan?

  • Bagaimanakah kita boleh saling mendoakan?

  • Bagaimanakah kita boleh saling melayani?

Lihat Ke Atas (LOOK UP)

Ayat Untuk Dihafal (Verses to Memorize)

Roma 8:35
Siapakah yang dapat memisahkan kita daripada kasih Kristus? Penindasan atau kesusahan atau penganiayaan atau kelaparan atau kemiskinan atau bahaya atau pedang?

Roma 8:37
Tidak! Dalam semuanya itu kita lebih daripada pemenang melalui Dia yang mengasihi kita.

Soalan Perbincangan (Questions for Discussion)

  • Apakah perkara yang digunakan oleh iblis untuk cuba memisahkan kita daripada kasih Kristus menurut Roma 8:35?

  • Haruskah kita takut kepada Tuhan atau kepada manusia?

  • Apakah yang Roma 8:37 ajarkan tentang penganiayaan dan kesukaran? Apakah maksud menjadi pemenang dalam Kristus?

  • Menurut Roma 8:37, apakah yang tidak dapat memisahkan kita?
    Jawapan: Kasih Kristus

Lihat Ke Hadapan (LOOK AHEAD)

  • Apakah yang akan kita lakukan untuk Yesus sekiranya kita tidak takut?

  • Adakah kita mengelakkan membaptis orang lain kerana takut?

  • Adakah kita mengelakkan dibaptis kerana takut?

  • Adakah kita akan hidup dengan iman atau dengan ketakutan?